Assalamualaikum dan hai semua. Musim cuti sekolah ni pasti ramai ibu bapa yang bercadang nak bawa anak-anak berjalan, bersantai atau apa sahaja aktiviti di luar rumah. Pasti hujung minggu anda semua terisi dengan keluarga tersayang. Iyelah kan, masa cuti sekolah ni la kita boleh luangkan lebih sikit masa dengan anak-anak, kalau tidak hari-hari biasa, masa mereka banyak habis di sekolah. Walaupun ada di antara sahabat semua yang masih memiliki anak kecil belum bersekolah, pasti anda juga tidak melepaskan peluang untuk pergi bercuti bersama keluarga semasa cuti sekolah sebegini.
Ada banyak cara pembelajaran untuk kanak-kanak yang boleh anda lakukan. Malahan tanpa disedari, aktiviti luar rumah yang menyeronokkan juga mampu merangsang fizikal dan mental untuk membesar sebagai anak yang sihat dan cerdas. Elok sebenarnya dilakukan ketika musim persekolahan yang masih lagi berbaki ini. Boleh jadikan bekalan mereka sebelum memulakan sesi persekolahan baru tidak lama lagi.
- Taman permainan yang menyeronokkan!
Biarkan si kecil berlari bebas dan mencuba pelbagai alat permainan yang ada di taman permaianan. Aktiviti ini mampu menguatkan badan dan ototnya. Selain itu, anak juga belajar kemahiran bersosial apabila berjumpa dengan rakan sebaya.
2. Cintai alam sekitar.
Dengan sekadar bersiar-siar dan berjalan pada waktu petang di halaman rumah atau kawasan sekitar rumah, anda boleh mengajar dan anak-anak boleh belajar untuk mengenali pelbagai pokok yang ada. Ajak anak sentuh dan hidu bau pokok, bunga dan embun pagi yang ada di halaman rumah. Biarkan anak anda terdedah kepada pancaran cahaya matahari (pagi lebih selamat) dan hembusan bayu yang pasti memberikan dia pengalaman baru.
3. Jom berenang!
Kanak-kanak memang suka bermain air. Apa kata gunakan cuti hujung minggu dengan membawa anak ke kolam renang. Mereka tentu seronok belajar berenang, selain aktiviti renang membantu menguatkan sistem kardio-respiratori, berenang juga menambah stamina dan menguatkan sendi. Selain kecergasan badan, ia membantu meningkatkan keyakinan diri.
4. Bermain pasir.
Sesekali biarkan anak bermain pasir di tepi pantai. Pasir mempunyai tekstur halus dan akan merangsang deria sentuhan, kemahiran mata-tangan. Aktiviti membina istana pasir akan menggalakkan si manja berimaginasi dan merekacipta. Malah, ia membantu meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak apabila mencipta pelbagai bentuk daripada pasir.
5. Berkebun.
Jika anda ada halaman rumah, rajinkan diri untuk berkebun. Selain menyihatkan tubuh badan, aktiviti berkebun juga mengajar si kecil erti tanggungjawab, disiplin tanpa dipaksa, menghargai alam semulajadi, mempelajari sains dan peka kepada alam semulajadi. Dengan berkebun, ia mengajar anak erti tanggungjawab untuk menjaga pokok-pokok dengan menyiramnya. Malahan ia meningkatkan keyakinan diri apabila dia menyaksikan pertumbuhan pokok tersebut di sampingmenambah ilmu pengetahuan anak tentang pokok.
Kesimpulannya, sebelum keluar rumah pastikan perut si manja sudah kenyang. Nanti barulah seronok mereka nak berjalan sana sini. Jom klik sini untuk mengetahui keperluan terbaik untuk melengkapkan nutrisi kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment