Assalamualaikum dan hai semua. Kalau semalam anie dah kongsikan apakah Glaukoma, hari ni anie nak terangkan pula cara mengesan Glaukoma dan apakah gejala yang dihadapi oleh penghidapnya.
BAGAIMANA MENGESAN GLAUKOMA?
Pengesanan awal menjadi kunci kepada rawatan dan usaha mengurangkan kesan glaukoma. Justeru, pemeriksaan berkala disyorkan terutamanya apabila seseorang yang memasuki usia emas. Peratusan yang besar pesakit glaukoma tiada gejala atau simptom, sebab itu ia digelar sebagai "perampas penglihatan yang tidak diketahui (sneak thief of sight)".
GEJALA GLAUKOMA
- Penglihatan kabur, sakit mata dan/ atau kepala.
- Loya atau muntah-muntah.
- Kemunculan lingkaran pelangi dikeliling cahaya terang.
- Dalam kes lampau, kehilangan penglihatan secara tiba-tiba, tetapi ini sering berlaku pada pesakit glaukoma penutupan sudut sahaja.
CARA MENGENALPASTI GLAUKOMA
Walaupun sebarang penglihatan yang hilang kerana glaukoma tidak boleh pulih, diagnosis awal, pemantauan teliti dan rawatan berkala membolehkan sebilangan besar pesakit glaukoma mengekalkan tahap penglihatan yang berguna untuk hidup.
Satu-satunya cara untuk anda mengenalpasti glaukoma ialah memeriksa mata anda pada pakar oftalmologi berhampiran. 4 ujian umum termasuklah :
- OFTALMOSKOPI : Melihat penampilan saraf utama dalam mata (saraf topik).
- TONOMETRI : Mengukur tekanan dalam mata.
- PERIMETRI : Pemeriksaan medan penglihatan.
- OCT (Optical Coherent Tomography) : Mengukur ketebalan saraf.
No comments:
Post a Comment