Assalamualaikum dan salam Jumaat semua. Pada hari Jumaat yang mulia ini, Anie nak kongsikan bersama sahabat semua tentang ganjaran bersedekah. Kebiasaannya, pada hari Jumaat selalu pesan kat suami, jangan lupa masukkan duit dalam tabung masjid. Lama-kelamaan dah jadi amalan, setiap hari Jumaat memang akan bersedekah.
Selain bersedekah dalam bentuk duit, kita juga boleh bersedekah makanan, minuman atau apa sahaja yang halal. Bercerita pasal sedekah ini teringat dulu suami pernah cerita, masa dia kerja Jabatan Perangkaan dulu, ada buat bancian kat satu rumah ni. Suami sedang terlantar sakit, isteri tak berkerja, anak pula ramai. Paling kecil lebih kurang setahun umurnya. Lepas habis banci, anak-anak kecil tu semua melambai-lambai. Tiba-tiba suami pusing balik, dan buka dompet, tengok ada RM5 dan RM20. Suami Anie pon keluarkan RM20 dan terus bagi dekat anak keluarga tu. Si isteri pon ucapkan terima kasih dekat suami Anie. Itulah sebenarnya sebaik-baik sedekah, bagi duit paling besar sekali nilainya dalam dompet.
Jika seseorang itu memberi sedekah, dan ia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kepada Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan di dalam pemberiannya.
Adakah anda tahu antara kebaikan-kebaikan sedekah itu?
Rujukan dari hadis-hadis :
- Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT.
- Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia di antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah memberi makan kepada orang.
- Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah in Syaa Allah akan membantu anda dari masuk ke api neraka jahanam.
- Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur.
- Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang-orang yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut.
- Sedekah mampu menyucikan roh dan menambah pahala kebaikan.
- Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat di hadapan Allah SWT.
- Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda.
- Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa-dosa yang telah dibuat.
- Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia di dalam keimanan serta ketaqwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda.
- Orang-orang yang memberi sedekah adalah orang-orang yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.
- Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT. In Syaa Allah.
- Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang disayangi oleh masyarakat.
- Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati.
- Sedekah mampu melepaskan anda dari kesusahan dan doa-doa akan dimakbulkan Allah SWT.
- Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutupkan daripada 70 pintu kecelakaan di dunia.
- Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup.
- Sedekah adalah ubat.
- Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas.
- Sedekah adalah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang atau burung-burung.
Kalau nak pahala yang berpanjangan, walaupun kita dah tiada nanti, banyakkanlah bersedekah. Jangan berkira kalau nak besedekah ni. Anie berhajat supaya satu hari nanti, Anie mampu untuk sedekahkan penyaman udara di masjid. Selain itu juga, Anie impikan supaya bila berkemampuan, nak dirikan sebuah Sekolah Tahfiz yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Anie nak sangat menjadi seorang manusia yang memberikan manfaat kepada manusia lain. Doakan Anie ye kawan-kawan semua. Semoga Allah permudahkan segalanya. Percaya sebelum berjaya!
Kalau nak pahala yang berpanjangan, walaupun kita dah tiada nanti, banyakkanlah bersedekah. Jangan berkira kalau nak besedekah ni. Anie berhajat supaya satu hari nanti, Anie mampu untuk sedekahkan penyaman udara di masjid. Selain itu juga, Anie impikan supaya bila berkemampuan, nak dirikan sebuah Sekolah Tahfiz yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Anie nak sangat menjadi seorang manusia yang memberikan manfaat kepada manusia lain. Doakan Anie ye kawan-kawan semua. Semoga Allah permudahkan segalanya. Percaya sebelum berjaya!
No comments:
Post a Comment